Thursday 28 July 2016

LAWATAN TERHADAP ORANG SAKIT

Pada 28 Jul 2016 (Khamis) - KB/PPM Fredoline Totin Bangon bersama rombongan hadir melawat En. Bonifacius John yang berasal dari Kg. Kokol, Manggatal yang sedang sakit. KB/PPM turut mendoakan kesembuhan saudara Bonifacius.... Semoga cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. 

 Semoga cepat sembuh..
Turut serta ialah Daud Nasun (Pengerusi JKKK Kg. Kokol

LAWATAN KEBAJIKAN DAN PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG RUGI@LUCY GONSIOU

Pada 29 Jul 2016 (Jumaat) - KB/PPM YBhg. Fredoline Totin Bangon bersama rombongan daripada PBS Inanam hadir bagi menziarahi dan seterusnya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Rugi@Lucy Gonsiou di Kg. Binaung Baru, Telipok. KB/PPM turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga mendiang. Semoga Roh mendiang aman disana... RIP...

 Penghormatan terakhir kepada mendiang
KB/PPM walaupun sibuk dengantugasan yang lain namun beliau tetap
turun padang untuk melihat permasalahan/kebajikan rakyatnya...

PERJUMPAAN DENGAN PENDUDUK TAMAN SRI BARU MANGGATAL

Pada 28 Jul 2016 (Khamis) - KB/PPM  YBhg Fredolin Totin Bangon, hadir perjumpaan dengan penduduk Taman Sri Baru, Manggatal bersama Kementerian Kesihatan Klinik Manggatal dalam Program Kempen Kesihatan dan Dialog bagi membenteras penularan wabak denggi yang berlaku di Taman Perumahan Sri Baru Manggatal. Baru-baru ini seramai 15 orang penduduk Taman ini telah disahkan dijangkiti wabak denggi menyebabkan pihak kesihatan daripada klinik kesihatan Manggatal telah mengistiharkan Taman Sri Baru, Manggatal sebagai 'Hot Spot" denggi. Turut hadir dalma program ini ialah Lukin Teliban (CDO Inanam),  Hee Vun Leong (JKDB Manggatal) dan Tong C.H (Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Manggatal,  Marcus Sambag (Pegawai Kesihatan Bahagian Promosi Kota Kinabalu), Musbah Berahim (Penolong Pengarah Kanan Unit Promosi Kesihatan JKN Sabah) dan Dr. Norsyahida Md Taib (Unit Kawalan Vektor). Semoga melalui program yang diadakan ini dapat meningkatkan kesedaran kepada penduduk di Taman ini tentang kepentingan menjaga kawasan perumahan serta bahaya wabak denggi. 

 Musbah Berahimketika memberi ceramah kesihatan tentang bahaya denggi serta bagaimana cara untuk mengawal penularan wabak denggi ini. Turut kelihatan ialah Lukin Teliban, Fredoline T. Bangon dan Hee Vun Leong.

 
 Antara penduduk Taman Sri Baru Manggatal yang hadir.
  Antara penduduk Taman Sri Baru Manggatal yang hadir.

LAWATAN KEBAJIKAN TERHADAP KELUARGA DAN PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG NG KUI ENG

Pada 27 Jul 2016 (Rabu) - KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama rombongan AJK Bahagian dan Pemuda PBS Inanam meluangkan masa untuk menziarahi keluarga Cyril Supain di Kg. Kironggu, Inanam untuk memberi penghormatan terakhir  kepada mendiang  Ng Kui Eng. Semoga roh mendiang aman disana... Takziah kepada keluarga...May Her Soul Rest In Pace...
 Memberi penghormatan terakhir kepada mendiang...
 Semoga Roh mendiang aman disana.... 
KB/PPM turut memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga mendiang...

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI KG.PAHU/KIROKOT TAMBUNAN

Pada 24 Jul 2016 - KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon telah menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kg. Pahu/Kirokot, Tambunan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan - Presiden PBS/Timbalan Ketua Menteri Sabah.

 Kemeriahan hari raya dengan persembahan lagu hari raya
 KB/PPM mengambil peluang bergambar dengan Tan Sri JPK serta Vip yang lain
Menjemu selera bersama tetamu yang lain

LAWATAN KE SK DARAU, MANGGATAL MENINJAU KESAN BANJIR

Pada 25 Jul 2016 KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, Manggatal bagi meninjau kesan bencana  banjir yang melanda sekolah tersebut baru-baru ini. Kakitangan sekolah mengeluh  tentang permasalahan ini dan KB/PPM akan membawa keluhan tersebut kepada pihak yang berkenaan.

 Masalah perparitan merupakan salah satu penyebab banjir kilat berlaku
 keadaan longkang yang perlu diselenggarakan dengan segera
 Tandatangan buku lawatan

PERASMIAN AGM PBS CAWANGAN KG. BINOUNG, TELIPOK

Pada 23 Jul 2016  bertempat di Balai Raya Kg. Binaung, Telipok KB/PPM YBhg. Fredoline Totin Bangon bersama AJK Bahagian telah menghadiri seterusnya merasmikan AGM PBS Cawangan Kg. Binaung Telipok. Mesyuarat tersebut telah berjaya dijalankan dengan lancarnya... Tahniah PBS Binaung....
 KB/PPM menyerahkan kad keahlian kepada Punil Matidis (Pengerusi JKKK) 

Keratan Akhbar kenyataan KB/PPM terhadap arah perjuangan PBS Inanam


LAWATAB BENCANA ALAM TANAH RUNTUH DAN JALAN ROSAK DI KOKOL

Pada 26 JUL 2016 bertempat di Kg. Kokol KB/PPM Fredolin Totin Bangon telah meninjau kesan bencana alam tanah runtuh serta jalan raya rosak di kawasan Kg. Kokol. KB/PPM turut diiringi oleh Pengerusi JKDB Manggatal - Hee Vun Leong serta Pengerusi JKKK Kg. Kokol- Daud Nasun.

Salah satu rumah yang mendapat kesan buruk daripada tanah runtuh.
un KB/PPM meninjau masalah jalan raya bersama PJKKK Kokol-  Daud Nass
 Jalan raya terputus akibat hujang lebat menyebabkan banjir besar ysng menyebabkan jalan raya turut mengalami kerosakkan.

Wednesday 27 July 2016

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Pada 6 JUL 2016 KB/PPM YBhg Fredolin Totin Bangon bersama rombongan daripada PBS Inanam telah menghadiri jemputan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri TYT Sabah di Istana Negeri.

KB/PPM bersama isterinya mengabadikan gambar kenangan dengan TYT  Sabah - Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Bin Haji Juhar Mahiruddin serta isteri.


Menghadiri Rumah Terbuka di Kg Kebayau, Telipok


Di Kg Boronuon, Telipok.

LAWATAN KEBAJIKAN

Pada 5 JUL /2016 KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bnagon bersama rombongan daripada AJK Bahagian PBS Inanam  telah meluangkan masa menziarahi keluarga Juanim Imas di Kg. Paniang Telipok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Galisa @ Alice Bt Gadiwa. Semoga Roh Mendiang Aman disana. " MAY HER SOUL REST IN PEACE ".
KB/PPM memberi penghormatan terakhir kepada mendiang

LAWATAN KEBAJIKAN SERTA PENGHORMATAN TERAKHIR TERHADAP MENDIANG CIKGU SUZANNE DARLYN @ANNE KULA

Pada 17 Jun 2016 KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama rombongan daripada PBS N.13 Inanam telah menziarahi serta memberi penghormatan terakhir terhadap seorang guru sekolah rendah (SK Kokol) yang meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kokol berhampiran Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.10 pagi itu, Suzanne Darlyn @ Anne Kula, 34, mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di Klinik Menggatal, kira-kira jam 12 tengah hari. Difahamkan, pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu datang dari arah Manggatal menuju ke Bukit Kokol. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit di Jalan Kokol, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kelisa yang dipandu mangsa. Takziah bagi keluarga mendiang... Semoga roh mendiang serta babynya yang masih dalam kandungan mendapat tempat di Syurga... Amen..

 
KB/PPM bersama rombongan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang
 KB/PPM bersama rombongan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang
keadaan kenderaan mendiang yang dilanggar oleh kereta D-max di Jalan Kokol
Seorang guru sekolah rendah meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kokol berhampiran Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi itu, Suzanne Darlyn @ Anne Kula, 34, mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di Klinik Menggatal, kira-kira jam 12 tengah hari. Difahamkan, pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu datang dari arah Menggatal menuju ke Bukit Kokol. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit di Jalan Kokol, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/174200
Seorang guru sekolah rendah meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kokol berhampiran Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi itu, Suzanne Darlyn @ Anne Kula, 34, mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di Klinik Menggatal, kira-kira jam 12 tengah hari. Difahamkan, pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu datang dari arah Menggatal menuju ke Bukit Kokol. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit di Jalan Kokol, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/174200
Seorang guru sekolah rendah meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kokol berhampiran Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 11.10 pagi itu, Suzanne Darlyn @ Anne Kula, 34, mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di Klinik Menggatal, kira-kira jam 12 tengah hari. Difahamkan, pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu datang dari arah Menggatal menuju ke Bukit Kokol. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit di Jalan Kokol, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/174200

Saturday 23 July 2016

PESTA KAAMATAN KG. MININTOD DAN KG. KOLOSUNAN, INANAM

Pada 05 Jun 2016 KB/PPM Ybhg telah menghadiri dan seterusnya merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Minintod dan Kg. Kolosunan.
 KB/PPM merasmikan pesta kaamatan di Kg. Minintod, Inanam

 Antara hadirin yang hadir

Antara hadirin yang hadir
 Perasmian kaamatan oleh KB/PPM di Kg. Kolosunan Inanam
Antara hadirin yang hadir

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKHWINAN

Pada 04 Jun 2016 KB/PPM telah menghadiri jemputan Majlis Perkahwinan antara antara  Faradie dan Lilyana di Kg. Kawakaan, Inanam
KB/PPM bergambar bersama pengantin

MESYUARAT AGM KG. PENIANG DAN KG. TOBOBON SEJAHTERA

Pada 04 Jun 2016 KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama AJK Bahagian, Pergerakan Wanita dan Pemuda telah menghadiri Program Mesyuarat AGM Peringkat Cawangan iaitu Kg. Peniang dan juga Cawangan PBS Kg. Tobobon Sejahtera, Manggatal.
 Laungan Bersatu oleh ahli-ahli PBS di AGM Peringkat Cawangan Kg. Peniang Manggatal
  AGM Peringkat Cawangan Kg. Peniang Manggatal
  AGM Peringkat Cawangan Kg. Tobobon Sejahtera, Manggatal
L
 Laungan Bersatu!!!!..Cawangan Kg. Tobobon Sejahtera, Manggatal


LAWATAN KEBAJIKAN

Pada 2 Jun 2016 (khamis) KB/ PPM YBhg. Fredolin T. Bangon bersama rombongan daripada AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita telah hadir menziarahi keluarga Cosmas Paut di K.K Tionghua Funeral Parlour (Room A) Batu 5 untuk  memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Patrick Paut. Semoga Roh Mendiang Aman disana...
" MAY IS SOUL REST IN PEACE "
 KB/PPM memberi kata semangat kepada keluarga mendiang
 KB/PPM bersama keluarga mendiang
KB/PPM bersama rombongan memberi penghormatan terakhir 
kepada mendiang...

UCAPAN SEMPENA PESTA KAAMATAN 2016

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Pibabasan om Piombolutan...
Selamat Hari Gawai, 
Gayu Guru Gerai Nyamai 
Lantang Senang Nguan Menua...

Daripada;
-Ketua Bahagian PBS Inanam
-Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Inanam
-Pergerakan Pemuda dan Wanita Bahagian
-Cawangan-cawangan PBS Inanam

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH

Pada 31 Mei 2016 bertempat di Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang, KB/PPM bersama rombongan daripada PBS Bahagian Inanam turut hadir memeriahkan suasana Suasana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Pusat Kebudayaan KDCA Penampang.

 KB/PPM hadir memeriahkan suasana Pesta Kaamatan

Bersama vvip yang lain di dalam dewan KDCA

SEKITAR SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KG. TENGGILING, MANGGATAL

Pada 3o MEI 2016 bertempat di Balai Raya Kg. Tenggiling, Manggatal KB/PPM bersama rombongan daripada AJK Bahagian berpeluang merasmikan Majlis Pesta Kaamatan Kg. Tenggiling Manggatal.

Selepas sahaja majlis ini, KB/PPM bersama rombongan telah  menghadiri Majlis Perkhawinan Antara "Melvorn &Jessy" Di Kg. Kionson Inanam. Syabas dan Tahniah kepada kedua Mempelai....
 KB/PPM menerima cenderahati daripada pihak penganjur

 
 KB/PPM bertemu dengan penduduk kampung

Antara penduduk kampung yang hadir
 

Tuesday 19 July 2016

SEKITAR SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KG. SINULIHAN, INANAM

Pada 28 MEI 2016 bertempat di Mini Dewan Kg. Sinulihan, Inanam, PPM/KB hadir merasmikan Majlis Pesta Kaamatan Peringkat Kg. Sinulihan Lama/Baru dan Kapah, Inanam. Sambutan walaupun diadakan secara sederhana namun amat meriah dengan kehadiran penduduk setempat. Suasana muhibah dan rasa kekitaan beginilah yang perlu dipupuk dan dikekalkan sampai bila-bila.

 Selepas simbolik perasmian... KB/PPM bersama dengan AJK Bahagian 
serta pihak penganjur dihidangkan dengan tapai dalam suki.

Pertandingan Unduk Ngadau

Suasana kemariahan sambutan pesta kaamatan Kg. Sinulihan







 

PESTA KAAMATAN KDCA PERINGKAT INANAM 2016

Pada 22 MEI 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal PPM/KB telah menghadiri Majlis Pesta Kaamatan Peringkat Dearah Inanam 2016.Majlis ini telah dirasmikan Oleh Datuk Anita Baranting. Pelbagai acara diadakan termasuk sukan tradisi, Makanan Tradisi dan serta acara pentas iaitu Sugandoi dan Unduk Ngadau. Syabas & Tahniah Kepada seluruh Ajk Pelaksana yg telah berjaya menganjurkan Majlis ini dengan Jayanya....

 KB/PPM bergambar bersama AJK Penganjur 

 
 Menyaksikan pertandingan acara sukan di tengah padang 

 KB/PPM ketika melawat booth pendaftaran pengundi yang dikendalikan
oleh Pemuda PBS Bahagain.