Thursday 28 July 2016

PERJUMPAAN DENGAN PENDUDUK TAMAN SRI BARU MANGGATAL

Pada 28 Jul 2016 (Khamis) - KB/PPM  YBhg Fredolin Totin Bangon, hadir perjumpaan dengan penduduk Taman Sri Baru, Manggatal bersama Kementerian Kesihatan Klinik Manggatal dalam Program Kempen Kesihatan dan Dialog bagi membenteras penularan wabak denggi yang berlaku di Taman Perumahan Sri Baru Manggatal. Baru-baru ini seramai 15 orang penduduk Taman ini telah disahkan dijangkiti wabak denggi menyebabkan pihak kesihatan daripada klinik kesihatan Manggatal telah mengistiharkan Taman Sri Baru, Manggatal sebagai 'Hot Spot" denggi. Turut hadir dalma program ini ialah Lukin Teliban (CDO Inanam),  Hee Vun Leong (JKDB Manggatal) dan Tong C.H (Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Manggatal,  Marcus Sambag (Pegawai Kesihatan Bahagian Promosi Kota Kinabalu), Musbah Berahim (Penolong Pengarah Kanan Unit Promosi Kesihatan JKN Sabah) dan Dr. Norsyahida Md Taib (Unit Kawalan Vektor). Semoga melalui program yang diadakan ini dapat meningkatkan kesedaran kepada penduduk di Taman ini tentang kepentingan menjaga kawasan perumahan serta bahaya wabak denggi. 

 Musbah Berahimketika memberi ceramah kesihatan tentang bahaya denggi serta bagaimana cara untuk mengawal penularan wabak denggi ini. Turut kelihatan ialah Lukin Teliban, Fredoline T. Bangon dan Hee Vun Leong.

 
 Antara penduduk Taman Sri Baru Manggatal yang hadir.
  Antara penduduk Taman Sri Baru Manggatal yang hadir.

No comments:

Post a Comment