Tuesday 9 August 2016

DUN SABAH LULUS RANG UNDANG-UNDANG TAMBAH 13 KERUSI

Kota Kinabalu, 09 Ogos – Cadangan mewujudkan 13 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dibentangkan dalam sidang DUN diluluskan sebentar tadi.
Pembentangan dan usul Rang Undang-Undang tersebut dipersetujui oleh ahli dewan. Daripada jumlah 60 ADUN, sebanyak (55) bersetuju, (3) Tidak Bersetuju, (1) Berkecuali dan (1) Tidak Hadir.

 KB/PPM bergambar bersama YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman - Ketua Menteri Sabah setelah selesai Persidangan DUN di hari ke-dua.


Cadangan ini akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan seterusnya pengujudan dan persempadanan semula kerusi DUN Sabah.
Lokasi 13 kawasan DUN baru akan ditentukan oleh SPR selepas kajian dan pandangan dari pelbagai pihak.

Sementara itu ADUN Matunggong, Dato Jelani Hamdan akan mengemukakan cadangan 3 kawasan DUN baru iaitu Sikuati, Langkon dan kanibongan.

Saturday 6 August 2016

COMBI PERLU DITUBUHKAN DI INANAM ELAK DENGGI

Pada 04 Ogos 2016 (Khamis): KB/PPM Ybhg Fredoline Totin Bangon telah menghadiri Kempen Kesedaran Demam Denggi yang diadakan di Dewan Masyarakat Manggatal anjuran daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Manggatal. 

Fredolin bergambar dengan Marcus Sambag (Pegawai Unit Promosi Kesihatan Kota Kinabalu) 

 Tong CH - Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Manggatal (dua dari kiri) turut serta dengan Pegawai Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu.

Tujuan kempen ini diadakan adalah menfokuskan lokaliti di sekitar bandaraya mengenai dengan peningkatan kes demam denggi di Bandraya Kota Kinabalu serta memberi kesedaran kepada masyarakat di kawasan ini tentang pentingnya penjagaan serta kebersihan kawasan perumahan masing-masing bagi mengelakkan wabak denggi.

Menurut Musbah Berahim - Penolong Pengarah Kanan Unit Promosi Kesihatan JKN Sabah dalam ceramahnya berkata, Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) di daerah ini perlu ditubuhkan seperti mana Combi yang telah pun ditubuhkan di beberapa buah daerah di negeri ini sebagai anggota pasukan sukarelawan yang membantu membenteras denggi selain merupakan sebagai mekanisme merangsang pendekatan berasaskan komuniti bagi memerangi denggi.

 Antara hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah.

Kata beliau, persekitaran yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes perlu diber­sihkan dan langkah tersebut perlu menjadi tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk dan bukannya diserahkan semata-mata kepada Pejabat Kesihatan sahaja.  

Tambah beliau lagi, masalah pencegahan penyakit ini perlu ditangani oleh semua pihak secara bersama, sama ada bawaan nyamuk atau manusia. Penubuhan sukarelawan Combi dapat membantu agensi kerajaan berkaitan dalam melaksanakan agenda pencegahan penyakit berjangkit ini,” katanya.

Menurut Fredoline Totin Bangon, beliau amat bersetuju dan menyambut baik saranan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menubuhkan Combi di kawasan Inanam dimana ianya akan melibatkan Pekan Inanam, Manggatal dan Telipok dalam usaha memerangi wabak denggi di kawasan ini.

 Fredoline (dua dari kanan) bersama dengan Hee Vun Leong (JKDB Manggatal) (kanan), Tong CH (dua dari kiri) bergambar dengan pegawai kesihatan Kota Kinbalau dalam program kesedaran denggi di Taman Sri Baru Manggatal baru-baru ini.

 
 Antara kakitangan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Manggatal dalam kempen kesedaran denggi di Taman Sri Baru Manggatal baru-baru ini.

Beliau juga berharap agar penubuhan Sukarelawan Combi di kawasan ini dapat mempergiatkan usaha memerangi wabak denggi dengan cara turun padang membersihkan kawasan persekitaran kediaman akan membantu sesebuah kawasan bebas dari pembiakan nyamuk aedes.

Katanya lagi, kerjasama dan peranan pemimpin di peringkat akar umbi khususnya di kawasan taman perumahan dan kampung amat penting bagi memberi kesedaran tentang kebersihan persekitaran kediaman bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya ini merebak ke sesuatu kawasan.

Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu telah pun turun padang mengadakan kempen kesedaran bahaya denggi di Taman Perumahan Sri Baru, Manggatal serta turut mengadakan perjumpaan kepada penduduk di Taman ini yang diadakan di Dewan Masyarakat Manggatal bagi memberi ceramah kesedaran berkaitan dengan penyakit denggi.

Antara penduduk Taman Sri Baru Manggatal yang hadir dalam ceramah kesedaran bahaya denggi.

Taman Sri Baru Manggatal baru-baru ini turut diistiharkan sebagai kawasan Hot Spot denggi oleh Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu kerana peningkatan sebanyak 15 orang secara mendadak jangkitan denggi di kawasan ini.
 
Kata beliau, persekitaran yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes perlu diber­sihkan dan langkah tersebut perlu menjadi tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk dan bukannya diserahkan semata-mata kepada Pejabat Kesihatan sahaja.
“Masalah pencegahan penyakit ini perlu ditangani bersama sama ada bawaan nyamuk atau manusia. Penubuhan sukarelawan Combi dapat membantu agensi kerajaan berkaitan dalam melaksanakan agenda pencegahan penyakit berjangkit,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sukarelawan-combi-bantu-perangi-denggi-1.105202#sthash.d4YU0Wlh.dpuf
selain merupakan satu mekanisme me­rangsang pendekatan berasaskan komuniti - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sukarelawan-combi-bantu-perangi-denggi-1.105202#sthash.d4YU0Wlh.dpuf

Friday 5 August 2016

PESTA MANGGA SESUAI DIANJURKAN DI PEKAN MANGGATAL?

Pada 04 Ogos 2016 (Khamis) : KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama Hee Vun Leong (JKDB Manggatal) telah menghadiri Mesyuarat bersama DBKK yang dipengerusikan oleh Datuk Mayor DBKK, Datuk Yeoh Boon Hai bagi membincangkan berkaitan dengan perancangan dan cadangan bagaimana untuk mengindahkan lagi Pekan Manggatal agar pekan kecil ini yang popular dengan Mitos 'Mangga Gatal' menjadi tarikan masyarakat setempat dan juga pelancong dari luar negara.

Pesta Mangga Manggatal bukan sahaja boleh menarik kehadiran pelancong dari luar dan dalam negeri tetapi boleh membantu meningkatkan pendapatan (ekonomi) para peniaga. (Gambar hiasan).

Antara lain yang menarik dalam rancangan pembangunan Pekan Manggatal dari segi tarikan pelancongan dan ekonomi adalah sepeti pembinaan replika berbentuk buah mangga di bulatan Pulutan serta Penganjuran Pesta Buah Mangga yang akan diadakan secara tahunan di Pekan ini. 

Penganjuran Pesta Buah Mangga ini sudah pastinya akan memberi peluang kepada masyarakat di kawasan Inanam untuk membawa hasil pertanian mereka untuk dijual mahupun untuk dipertandingkan. Kehadiran daripada usahawan daripada luar kawasan Inanam juga bakal memeriahkan Pesta Buah Mangga ini dengan kemasukan pelbagai jenis buah mangga dari seluruh negeri ini.

PELUANG PERNIAGAAN FOOD TRUCK DI INANAM BANTU GOLONGAN MUDA UNTUK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Pada 03 Ogos 2016 (Rabu) : KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon telah menghadiri Mesyuarat Pengenalan Food Truck di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diepngerusikan oleh Datuk Mayor DBKK. Dalam mesyuarat ini telah membincangkan tentang peluang-peluang perniagaan yang terbuka kepada penduduk di kawasan Inanam khususnya kepada golongan belia. Antara peluang perniagaan yang sesuai diceburi di kawasan Inanam khususnya golongan belia adalah dalam bidang perniagaan truck makanan.

 Fredoline (Kanan) dalam sidang Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Mayor.

Di Malaysia, perniagaan trak makanan telah menjadi satu trend perniagaan yang semakin popular khususnya di Semenanjung. Di Sabah ianya mula menarik minat khususnya kepada golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan ini.
 Antara bentuk truck makanan (gambar hiasan)

Perniagaan seperti ini dilihat lebih jimat kerana tak perlu membayar sewa permis dan hanya fokus kepada kaedah pemasaran untuk menarik pelanggan. Modal pula dikeluarkan untuk perkara- perkara penting seperti minyak kenderaan, bahan mentah, dan sebagainya. Pada masa yang sama, berkaitan pemasaran, mereka hanya mempamerkan reka bentuk trak yang menarik sebagai tarikan orang ramai. Disebabkan trak makanan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, cara itu sudah memadai untuk memberitahu pelanggan berkaitan perniagaan yang jalankan. Selain itu, penggunaan media sosial menerusi laman Instagram dan Facebook yang memaparkan lokasi dan jadual pergerakan trak makanan dari semasa ke semasa sesikit sebanyak sebanyak membantu meningkatkan pendapatan perniagaan.

 Pelbagai reka bentuk truck makanan yang direka bagi menarik perhatian kepada orang ramai (Gambar hiasan)

Bagi mereka yang berminat bolehlah mendapatkan khidmat nasihat melalui Pejabat UPPM Inanam atau terus ke DBKK untuk mendapatkan maklumat berkaitan cara-cara memulakan perniagaan ini.

Tuesday 2 August 2016

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI DBKK

Pada 2 Ogos 2016 (Selasa) - KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinablau (DBKK). KB/PPM sempat mengabadikan gambar bersama Mayor DBKK Datuk Yeoh Bon Hai serta VIP yang lain.

Untuk Album... Fredoline Totin Bangon (tiga dari kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama Mayor DBKK Datuk Yeoh Bon Hai (empat dari kiri).

Monday 1 August 2016

CERAMAH KESIHATAN KESEDARAN DENGGI (COMBI) MANGGATAL 4 OGOS 2016

TINDAKAN PJKKK/JKDB BERIKUT:

MAKLUMAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG SEPERTI BERIKUT:

1. Kg. Togung
2. Kg. Naalap
3. Kg. Sinompuru
4. Kg. Keliangau
5. Kg. Pulutan
6. Kg. Tobobon
7. Kg. Pulutan Bukit.
8. Kg. Mansiang.
9. Tmn. Pulutan.

URGENT

Jemputan Ceramah Kesihatan kesedaran Denggi (COMBI)

Tarikh :4 Ogos 2016
Masa:'6.00 malam
Tempat :Dewan Masyarakat Manggatal.

Surat Jemputan dari DBKK akan menyusul.

NOTE: PENGERUSI-PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JKKK/JKDB YG LAIN JUGA DIALU-ALUKAN HADIR BERSAMA

T. Kasih
CDO N13 Inanam

KEMPEN SEMAKAN DAN DAFTAR PENGUNDI

Kempen Semakan & Daftar Pengundi

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Di atas link utk buat semakan Daftar Pemilih Bagi Laman Web SPR

Kaedahnya
1) Clik link di atas
2) Masukkan no IC
3) Click Semak
4) Kalau dah berjaya dia akan kluar result nama, no ic, alamat, Daerah Mengundi, dan lokaliti
5) Kalau x Didaftarkan dia akan kluar result Record Not Found

DEWAN MASYARAKAT PEKAN INANAM BAKAL DIBINA HUJUNG TAHUN 2016

Pada 01 Ogos 2016 (Isnin) KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama Wakil dari JKR, SDO, Jabatan Tanah dan DBKK membuat tinjauan terhadap lokasi cadangan Pembinaan Dewan Masyarakat Pekan Inanam. Kerja-kerja pembinaan Dewan Masyarakat Pekan Inanam ini dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. 

 Fredoline bersama wakil daripada JKR, SDO, Jabatan Tanah dan DBKK meninjau lokasi dimana Dewan Masyarakat Pekan Inanam bakal dibina.
 Dewan ini akan dibina bersebelahan dengan Pasar Tradisi / Pasar Malam Pekan Inanam
 Pembinaan Dewan ini bakal memberi manfaat kepada ribuan penduduk di kawasan Inanam


 Semoga kerja-kerja pembinaan dewan ini berjalan lancar seperti mana yang telah dirancang.

LAWATAN KE LOKASI TANAH RUNTUH KG. LUTUNG PULUTAN, MANGGATAL

Pada 01 Ogos 2016 - KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama Taining Susun - mewakili DBKK telah mengadakan lawatan ke Kg. Lutung Pulutan Manggatal bagi meninjau keadaan bencana tanah runtuh disebabkan masalah perparitan. Susulan dari lawatan tersebut KB/PPM akan mencari jalan untuk menyelasaikan masalah tersebut.


 Fredoline dan Taining meninjau kawasan tanah runtuh.

 Mendengar rintihan penduduk kampung terhadap permasalahan perparitan yang tersumbat.

 Keadaan tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut.

 Mendengar rintihan penduduk kampung terhadap permasalahan perparitan yang tersumbat.

13 Kerusi Tambahan DUN Sabah Dibentang Minggu Hadapan

Datuk Johnny Mositun

KOTA KINABALU: Kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mendapat 13 kerusi tambahan kepada 60 kerusi yang sedia ada ketika ini.

Rang Undang-Undang membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan kerusi tambahan akan dibentangkan di DUN selama 3 hari bermula 8 Ogos ini.

Datuk Johnny Mositun selaku timbalan speaker DUN Sabah akan mempengerusikan pembentangan dan usul Rang Undang-Undang tersebut dan seterusnya jika dipersetujui oleh ahli dewan, ia akan dikemukakan kepada SPR untuk tindakan pengujudan dan persempadanan semula kerusi DUN Sabah.

Ketika ini Johnny masih tidak dapat menggambarkan kawasan yang akan mendapat kerusi tambahan tersebut namun sekiranya persempadanan semula selesai ia akan diumumkan oleh SPR kepada orang ramai untuk memberikan pendapat dan bantahan sekiranya ada.

Johnny menegaskan pendapat dari orang ramai turut diambil kira dalam proses persempadanan baru itu dan sekiranya kesemua proses berakhir, ia akan dibentangkan lagi di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan sepenuhnya.

“Pada mulanya kita hanya menjangka cuma 7 sahaja kerusi akan ditambah, tetapi kerajaan bersetuju untuk menambah kepada 13 kerusi pula dan ini melebihi tambahan 11 kerusi kepada Sarawak yang telah diberi tahun lalu.” kata Johnny lagi.

Antara faktor pemberian tambahan tersebut adalah kawasan parlimen yang luas seperti Kinabatangan dan, Beluran serta kawasan parlimen yang mempunyai pengundi yang ramai seperti Sandakan, Sepanggar, Lahad Datu, Tawau, Papar, Kota Marudu, Kota Belud dan, Tuaran.

Disember tahun lepas, Pengarah SPR Sabah Datuk Md Idrus Ismail berkata, tindakan untuk menambah jumlah kerusi di Sabah adalah untuk memenuhi keperluan peningkatan populasi di Sabah.

DS DR. MAXIMUS ONGKILI JALANKAN TUGAS PRESIDEN PARTI PBS

 Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam satu mesyuarat AMT PBS baru-baru ini 
membincangkan penyerahan tugas sebagai presiden parti kepada timbalannya.

KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili telah diamanahkan oleh majlis tertinggi parti untuk menjalankan tugas presiden parti berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat atas permintaan presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di sini

Bagaimanapun, Mositun berkata Pairin akan kekal sebagai Presiden PBS sehingga tempoh penggal parlimen dan dewan undangan negeri sekarang berakhir.

"Beliau akan terus menjalankan tugasnya (sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah) dan tugasan berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain sehingga tempoh penggal berakhir," kata Mositun.

Beliau berkata, Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan menyelia semua perkara parti termasuk hal ehwal dan pengurusan bahagian, cawangan dan ibu pejabat parti.

"Ini adalah sebahagian daripada langkah persediaan dalam rancangan penggantian kepimpinan parti.

"Dalam ucapannya, presiden Parti (Pairin) menggesa pemimpin parti di semua peringkat untuk bekerjasama, terus bersatu dan berusaha keras untuk mengukuhkan parti dan memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

-- BERNAMA