Friday 5 August 2016

PESTA MANGGA SESUAI DIANJURKAN DI PEKAN MANGGATAL?

Pada 04 Ogos 2016 (Khamis) : KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon bersama Hee Vun Leong (JKDB Manggatal) telah menghadiri Mesyuarat bersama DBKK yang dipengerusikan oleh Datuk Mayor DBKK, Datuk Yeoh Boon Hai bagi membincangkan berkaitan dengan perancangan dan cadangan bagaimana untuk mengindahkan lagi Pekan Manggatal agar pekan kecil ini yang popular dengan Mitos 'Mangga Gatal' menjadi tarikan masyarakat setempat dan juga pelancong dari luar negara.

Pesta Mangga Manggatal bukan sahaja boleh menarik kehadiran pelancong dari luar dan dalam negeri tetapi boleh membantu meningkatkan pendapatan (ekonomi) para peniaga. (Gambar hiasan).

Antara lain yang menarik dalam rancangan pembangunan Pekan Manggatal dari segi tarikan pelancongan dan ekonomi adalah sepeti pembinaan replika berbentuk buah mangga di bulatan Pulutan serta Penganjuran Pesta Buah Mangga yang akan diadakan secara tahunan di Pekan ini. 

Penganjuran Pesta Buah Mangga ini sudah pastinya akan memberi peluang kepada masyarakat di kawasan Inanam untuk membawa hasil pertanian mereka untuk dijual mahupun untuk dipertandingkan. Kehadiran daripada usahawan daripada luar kawasan Inanam juga bakal memeriahkan Pesta Buah Mangga ini dengan kemasukan pelbagai jenis buah mangga dari seluruh negeri ini.

1 comment: