Friday 5 August 2016

PELUANG PERNIAGAAN FOOD TRUCK DI INANAM BANTU GOLONGAN MUDA UNTUK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Pada 03 Ogos 2016 (Rabu) : KB/PPM YBhg Fredoline Totin Bangon telah menghadiri Mesyuarat Pengenalan Food Truck di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diepngerusikan oleh Datuk Mayor DBKK. Dalam mesyuarat ini telah membincangkan tentang peluang-peluang perniagaan yang terbuka kepada penduduk di kawasan Inanam khususnya kepada golongan belia. Antara peluang perniagaan yang sesuai diceburi di kawasan Inanam khususnya golongan belia adalah dalam bidang perniagaan truck makanan.

 Fredoline (Kanan) dalam sidang Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Mayor.

Di Malaysia, perniagaan trak makanan telah menjadi satu trend perniagaan yang semakin popular khususnya di Semenanjung. Di Sabah ianya mula menarik minat khususnya kepada golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan ini.
 Antara bentuk truck makanan (gambar hiasan)

Perniagaan seperti ini dilihat lebih jimat kerana tak perlu membayar sewa permis dan hanya fokus kepada kaedah pemasaran untuk menarik pelanggan. Modal pula dikeluarkan untuk perkara- perkara penting seperti minyak kenderaan, bahan mentah, dan sebagainya. Pada masa yang sama, berkaitan pemasaran, mereka hanya mempamerkan reka bentuk trak yang menarik sebagai tarikan orang ramai. Disebabkan trak makanan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, cara itu sudah memadai untuk memberitahu pelanggan berkaitan perniagaan yang jalankan. Selain itu, penggunaan media sosial menerusi laman Instagram dan Facebook yang memaparkan lokasi dan jadual pergerakan trak makanan dari semasa ke semasa sesikit sebanyak sebanyak membantu meningkatkan pendapatan perniagaan.

 Pelbagai reka bentuk truck makanan yang direka bagi menarik perhatian kepada orang ramai (Gambar hiasan)

Bagi mereka yang berminat bolehlah mendapatkan khidmat nasihat melalui Pejabat UPPM Inanam atau terus ke DBKK untuk mendapatkan maklumat berkaitan cara-cara memulakan perniagaan ini.

1 comment:

  1. Food truck merupakan inovasi perniagaan yang perlu diceburi oleh peniaga kecil dan sederhana

    ReplyDelete