Datuk Johnny Mositun
KOTA KINABALU: Kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mendapat 13 kerusi tambahan kepada 60 kerusi yang sedia ada ketika ini.
Rang Undang-Undang membolehkan pihak
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan kerusi tambahan akan
dibentangkan di DUN selama 3 hari bermula 8 Ogos ini.
Datuk Johnny Mositun selaku timbalan
speaker DUN Sabah akan mempengerusikan pembentangan dan usul Rang
Undang-Undang tersebut dan seterusnya jika dipersetujui oleh ahli dewan,
ia akan dikemukakan kepada SPR untuk tindakan pengujudan dan
persempadanan semula kerusi DUN Sabah.
Ketika ini Johnny masih tidak dapat
menggambarkan kawasan yang akan mendapat kerusi tambahan tersebut namun
sekiranya persempadanan semula selesai ia akan diumumkan oleh SPR kepada
orang ramai untuk memberikan pendapat dan bantahan sekiranya ada.
Johnny menegaskan pendapat dari orang
ramai turut diambil kira dalam proses persempadanan baru itu dan
sekiranya kesemua proses berakhir, ia akan dibentangkan lagi di Parlimen
untuk mendapatkan kelulusan sepenuhnya.
“Pada mulanya kita hanya menjangka cuma 7
sahaja kerusi akan ditambah, tetapi kerajaan bersetuju untuk menambah
kepada 13 kerusi pula dan ini melebihi tambahan 11 kerusi kepada Sarawak
yang telah diberi tahun lalu.” kata Johnny lagi.
Antara faktor pemberian tambahan
tersebut adalah kawasan parlimen yang luas seperti Kinabatangan dan,
Beluran serta kawasan parlimen yang mempunyai pengundi yang ramai
seperti Sandakan, Sepanggar, Lahad Datu, Tawau, Papar, Kota Marudu, Kota
Belud dan, Tuaran.
Disember tahun lepas, Pengarah SPR Sabah
Datuk Md Idrus Ismail berkata, tindakan untuk menambah jumlah kerusi di
Sabah adalah untuk memenuhi keperluan peningkatan populasi di Sabah.
No comments:
Post a Comment