Saturday 6 August 2016

COMBI PERLU DITUBUHKAN DI INANAM ELAK DENGGI

Pada 04 Ogos 2016 (Khamis): KB/PPM Ybhg Fredoline Totin Bangon telah menghadiri Kempen Kesedaran Demam Denggi yang diadakan di Dewan Masyarakat Manggatal anjuran daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Manggatal. 

Fredolin bergambar dengan Marcus Sambag (Pegawai Unit Promosi Kesihatan Kota Kinabalu) 

 Tong CH - Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Manggatal (dua dari kiri) turut serta dengan Pegawai Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu.

Tujuan kempen ini diadakan adalah menfokuskan lokaliti di sekitar bandaraya mengenai dengan peningkatan kes demam denggi di Bandraya Kota Kinabalu serta memberi kesedaran kepada masyarakat di kawasan ini tentang pentingnya penjagaan serta kebersihan kawasan perumahan masing-masing bagi mengelakkan wabak denggi.

Menurut Musbah Berahim - Penolong Pengarah Kanan Unit Promosi Kesihatan JKN Sabah dalam ceramahnya berkata, Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) di daerah ini perlu ditubuhkan seperti mana Combi yang telah pun ditubuhkan di beberapa buah daerah di negeri ini sebagai anggota pasukan sukarelawan yang membantu membenteras denggi selain merupakan sebagai mekanisme merangsang pendekatan berasaskan komuniti bagi memerangi denggi.

 Antara hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah.

Kata beliau, persekitaran yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes perlu diber­sihkan dan langkah tersebut perlu menjadi tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk dan bukannya diserahkan semata-mata kepada Pejabat Kesihatan sahaja.  

Tambah beliau lagi, masalah pencegahan penyakit ini perlu ditangani oleh semua pihak secara bersama, sama ada bawaan nyamuk atau manusia. Penubuhan sukarelawan Combi dapat membantu agensi kerajaan berkaitan dalam melaksanakan agenda pencegahan penyakit berjangkit ini,” katanya.

Menurut Fredoline Totin Bangon, beliau amat bersetuju dan menyambut baik saranan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menubuhkan Combi di kawasan Inanam dimana ianya akan melibatkan Pekan Inanam, Manggatal dan Telipok dalam usaha memerangi wabak denggi di kawasan ini.

 Fredoline (dua dari kanan) bersama dengan Hee Vun Leong (JKDB Manggatal) (kanan), Tong CH (dua dari kiri) bergambar dengan pegawai kesihatan Kota Kinbalau dalam program kesedaran denggi di Taman Sri Baru Manggatal baru-baru ini.

 
 Antara kakitangan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Manggatal dalam kempen kesedaran denggi di Taman Sri Baru Manggatal baru-baru ini.

Beliau juga berharap agar penubuhan Sukarelawan Combi di kawasan ini dapat mempergiatkan usaha memerangi wabak denggi dengan cara turun padang membersihkan kawasan persekitaran kediaman akan membantu sesebuah kawasan bebas dari pembiakan nyamuk aedes.

Katanya lagi, kerjasama dan peranan pemimpin di peringkat akar umbi khususnya di kawasan taman perumahan dan kampung amat penting bagi memberi kesedaran tentang kebersihan persekitaran kediaman bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya ini merebak ke sesuatu kawasan.

Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu telah pun turun padang mengadakan kempen kesedaran bahaya denggi di Taman Perumahan Sri Baru, Manggatal serta turut mengadakan perjumpaan kepada penduduk di Taman ini yang diadakan di Dewan Masyarakat Manggatal bagi memberi ceramah kesedaran berkaitan dengan penyakit denggi.

Antara penduduk Taman Sri Baru Manggatal yang hadir dalam ceramah kesedaran bahaya denggi.

Taman Sri Baru Manggatal baru-baru ini turut diistiharkan sebagai kawasan Hot Spot denggi oleh Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu kerana peningkatan sebanyak 15 orang secara mendadak jangkitan denggi di kawasan ini.
 
Kata beliau, persekitaran yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes perlu diber­sihkan dan langkah tersebut perlu menjadi tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk dan bukannya diserahkan semata-mata kepada Pejabat Kesihatan sahaja.
“Masalah pencegahan penyakit ini perlu ditangani bersama sama ada bawaan nyamuk atau manusia. Penubuhan sukarelawan Combi dapat membantu agensi kerajaan berkaitan dalam melaksanakan agenda pencegahan penyakit berjangkit,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sukarelawan-combi-bantu-perangi-denggi-1.105202#sthash.d4YU0Wlh.dpuf
selain merupakan satu mekanisme me­rangsang pendekatan berasaskan komuniti - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sukarelawan-combi-bantu-perangi-denggi-1.105202#sthash.d4YU0Wlh.dpuf

1 comment: